Latar Belakang

Penubuhan Pusat Sumber Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu salah satu unit di bawah pentadbiran Bahagian Khidmat Pengurusan KPT bermula selaras dengan wujudnya Kementerian ini. Sejak penubuhannya pada 27 Mac 2004, Kementerian ini telah melalui beberapa kali penggabungan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pada tahun 2013 dan 2018. Pada 9 Mac 2020, Kementerian pengajian Tinggi diwujudkan semula dan dipisahkan daripada KPM selepas berlaku penstrukturan semula Kementerian. Namun pada Disember 2022, Kementerian ini telah dinamakan semula menjadi Kementerian Pendidikan Tinggi. Pusat Sumber bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan maklumat dan bahan bacaan kepada  warga Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi di bawahnya  secara khusus dan penjawat awam secara amnya.

 

Misi

  • Melaksanakan pengurusan koleksi bahan dan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang kepada warga Kementerian dalam memartabatkan budaya ilmu.

Visi

  • Memartabatkan Budaya Ilmu di Kementerian Pendidikan Tinggi