Peraturan

Peraturan kepada pengguna Pusat Sumber :

  1. Pengguna perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berada di Pusat Sumber
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu pengguna lain
  3. Pengguna tidak dibenarkan  tidur di Pusat Sumber
  4. Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan
  5. Pengguna juga tidak dibenarkan makan, minum atau merokok di Pusat Sumber
  6. Telefon bimbit hendaklah dimatikan sebelum memasuki Pusat Sumber.
  7. Pengguna juga tidak dibenarkan melayari laman web lucah
  8. Pengguna dilarang merosakkan koleksi Pusat Sumber seperti menconteng atau mengoyak buku.
  9.  Membawa keluar bahan tanpa kebenaran kakitangan Pusat Sumber
  10. Kakitangan Pusat Sumber berhak menegur dan mengarahkan  pengguna keluar dari Pusat Sumber sekiranya melakukan perkara di  atas
  11. Barang-barang seperti beg, topi keledar, makanan, minuman, suratkhabar/ buku/ majalah persendirian , payung, kamera dan lain-lain  berkaitan perlu disimpan di tempat almari simpanan barang yang disediakan di luar Pusat Sumber.

*Peraturan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Garis Panduan Pinjaman Dan Pemulangan Bahan Bacaan Pusat Sumber Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)

Keahlian

  1. Peminjam mestilah berdaftar sebagai Ahli Pusat Sumber (kakitangan yang berkhidmat di Ibu Pejabat KPT). Ahli Pusat Sumber bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Pusat Sumber sekiranya berlaku pertukaran tempat kerja.

Peminjaman Bahan

  1. Peminjam perlu bertanggungjawab di atas bahan bacaan yang dipinjam dan memulangkan bahan bacaan tersebut SEBELUM atau PADA tarikh yang telah ditetapkan. 

Surat Peringatan         

  1. Sekiranya peminjam lewat memulangkan bahan bacaan, SURAT PERINGATAN akan dikeluarkan bagi pinjaman yang lewat dipulangkan.

**Tindakan menggantung keahlian akan diambil kepada peminjam yang gagal memulangkan bahan bacaan setelah Surat Peringatan dikeluarkan dalam tempoh 2 (dua) minggu.

  1. Peminjam TIDAK DIBENARKAN menggunakan nama orang lain untuk peminjaman bahan bacaan.